TUGASAN 1
FUNGSI KOMPUTER SEBAGAI ALAT, GURU DAN PELAJAR
FUNGSI KOMPUTER SEBAGAI ALAT
Komputer merupakan satu alat elektronik yang sangat penting pada masa kini. Hal ini demikian kerana, komputer melalui internet membolehkan seseorang itu untuk mengakses sesuatu perkara yang merangkumi perkara baik (positif) atau buruk (negatif). Contoh perkara yang baik di akses ialah berkenaan cara mudah mempelajari subjek matematik dan inggeris manakala perkara buruk yang diakses pula ialah dengan melayari laman wed lucah yang tidak memberikan faedah. Perkara ini terjadi kerana melalui penggunaan komputer yang mempunyai internet membolehkan seseorang itu untuk mencari pelbagai maklumat dari seluruh dunia. Selain itu,komputer juga mampu menyimpan dan menerima apa sahaja data.Maklumat yang disimpan dalam komputer ini dinamakan sebagai storan.Storan ini pula terbahagi kepada beberapa jenis.Antaranya ialah cakera keras,cakera liut,cakera optikal,pemacu kilat USB, dan RAM.Penggunaan komputer pada masa kini melalui internet membolehkan seseorang itu berhubung melalui laman sosial seperti facebook,twitter dan sebagainya.Kemudahan ini membolehkan seseorang itu berhubung tanpa batasan walaupun berada pada jarak yang sangat jauh antara satu sama lain.
FUNGSI KOMPUTER SEBAGAI GURU
komputer boleh dijadikan sebagai guru dalam kalangan pelajar untuk tempat menimba ilmu kerana pada zaman teknologi alam komputer pada masa kini sangat berkembang luas. Pada masa kini juga kementerian pelajaranmalaysia telah memperkenalkan Pengajaran berbantukan komputer boleh dilihat sebagai satu alternatif ke arah melahirkan generasi yang kreatif, inovatif, kritis dan berwawasan selaras dengan hasrat kerajaan yang ingin mencapai Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk dijadi asas kepada Pembentukan Kurikulum Pendidikan Malaysia. Pengajaran berbantukan komputer adalah satu aplikasi yang boleh dicapai dalam pelbagai cara yang mudah. contohnya, guru boleh menggunakan teknologi ICT melalui laman web pembelajaran dan pengajaran untuk mengadakan kelas latih tubi, tutorial dan sebagainya dimana setiap pelajar hendaklah menjawab soalan latih tubi, tutorial dan sebagainya di laman web yang disediakan dan kemudian guru atau pensyarah dan pelajar akan membincangkan jawapannya di dalam kelas atau bilik kuliah. Sebagai contoh, laman web seperti ifolio yang disediakan oleh university kebangsaan malaysis iaitu, http://ifolio.ukm.my/ mengandungi pelbagai nota,latih tubi,tuto dan task yang sangat diperlukan oleh pelajar untuk dijadikan sebagai satu bahan pembelajaran mereka.
Komputer merupakan teknologi masa kini yang begitu cepat berkembang dari segala aspek yang mana pelbagai jenis maklumat dapat diperoleh hanya melalui satu klik sahaja. Pelajar pada hari ini lahir dalam dunia berteknologi tinggi serba maju. Oleh hal yang demikian, komputer tidak dapat dipisahkan daripada dunia mereka dan ini bukanlah sesuatu yang baru bagi negara kita untuk ketinggalan dalam menikmati arus pembangunan yang berasaskan komputer ini.Dalam konteks pendidikan, ia bukan hanya mampu untuk membantu tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran, tetapi ia juga berpotensi sebagai alat untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas atau bilik kuliah. Selain itu, Komputer juga dapat membantu menyelesaikan masalah guru dalam pengajaran. Hal ini kerana, Ciri-ciri komputer yang lebih mesra, tidak jemu, tidak sakit hati dan sabar semasa membuat dan menggunakan program menjadikan ia sesuai untuk pelajar terutama bagi pelajar-pelajar yang kurang cerdas dan tidak tahu mengunakan komputer kerana minat mereka yang ingin menceburi bidang tersebut.
Terdapat beberapa perkara penting yang boleh menjadikan komputer sebagai pendidik atau guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Yang pertama, Komputer hanya akan bertindak sebagai alat bantu dalam pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti pembelajaran hendaklah dirancang dengan teliti oleh guru supaya penggunaan komputer dapat dilaksanakan dengan berkesan. Seterusnya Komputer tidak akan mengubah peranan guru. Sebaliknya, guru akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka khususnya dalam bidang IT. Selain itu, Penggunaan komputer juga dapat mengurangkan beban tugas guru dan pelajar disamping setiap kerja dalam dilakukan dengan kemas teratur dan sistematik.
FUNGSI KOMPUTER SEBAGAI PELAJAR
Antara fungsi Komputer sebagai pelajar adalah dapat menjimatkan masa sesi pembelajaran pelajar yang mana pada kebiasaan bahan-bahan atau rujukan pembelajaran akan disediakan oleh guru terlebih dahulu. Selain itu, komputer juga dapat berfungsi sebagai alat untuk pelajar menjawab soalan atas talian tanpa memerlukan bahan edaran bersesuaian yang diberikan oleh tenaga pengajar mereka dengan kata peribahasa, masa itu adalah emas. Oleh itu, faedah belajar menggunakan komputer dapat menjimatkan masa dalam pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas. Seterusnya, komputer juga berfungsi sebagai peningkatkan prestasi akademik seseorang pelajar di sekolah. Hal ini, demikian kerana terdapat pelbagai informasi, maklumat terkini dan isu isu semasa boleh dijadikan sumber ilmu untuk pelajar tanpa diberi tahu oleh pengajar. Sebagai contohnya, pelajar-pelajar boleh mengakses internet untuk menambahkan ilmu pengetahuan dalam subjek tertentu dan melihat bahan-bahan rujukan yang orang lain akses atau kongsi didalam laman sesawang seperti blog sebagainya. Jika ini dilakukan, sudah tentu pelajar-pelajar boleh meningkatkan kejayaan dalam peperiksaan seperti kata cogan kata Usaha Tangga Kejayaan.
Selain itu, fungi komputer sebagai pelajar juga boleh membantu dalam membuat projek yang mereka lakukan yang mana pelajar dapat menggunakan program yang terdapat di komputer untuk melukis grafik. Program komputer ini lazim digunakan di politeknik terutama sekali dalam bidang kejuruteraan. Dengan adanya program tersebut, para pelajar dapat menghasilkan satu rekaan yang bermutu tinggi dan mampu dibawa keperingkat lebih tinggi. Selain daripada itu, para pelajar juga boleh mewarnakan gambar lukisan dengan baik. Contohnya, para pelajar yang mengambil subjek senidigital di peringkat persekolahan boleh menggunakan teknologi ini untuk mencantikkan seni lukis mereka. Oleh itu, komputer dapat membantu pelajar dalam pelajaran mereka.
TUGASAN 2(LEARNING MANAGEMENT SYSTEM & CONTENT MANAGEMENT SYSTEM)i) Apa itu Learning Management System (LMS)?
LMS ialah sebuah aplikasi perisian untuk pentadbiran, dokumentasi dan laporan program latihan, aktiviti dalam talian dan program e-pembelajaran. LMS berfungsi sebagai aplikasi perisian. LMS juga berfungsi untuk menghebahkan maklumat dalam talian kepada para pelajar. Menurut Hall (2001) LMS adalah sebuah aplikasi pendidikan untuk membantu aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Ia merupakan aplikasi berasaskan web yang mampu mengurus pembelajaran elektronik,mengesan hasil pembelajaran, integrasi dengan pengurusan sumber manusia dan sumber pembelajaran, pembinaan bahan pengajaran serta bahan yang diterima daripada pelajar dan kemudahan bentuk pengurusan pembelajaran serta pemantapan pembelajaran bestari.
2)Apa itu Content Management System (CMS) ?
CMS ialah sebuah sistem yang membolehkan pengguna/ pentadbir laman web untuk menguruskan kandungannya dari segi penerbitan, penyuntingan, pengubahsuaian serta penyelenggaraan kandungan pada laman web yang berpusat.
iii) Apakah sumber perisian percuma untuk LMS dan CMS?
Contoh CMS adalah adalah seperti :-
-blogspot,
-wordpress
-Joomla,
- Drupal,
- Silverstripe,
- FrogCMS.
Contoh bagi LMS adalah seperti :-
- SPIN (http://www.spin.ukm.my)
- iFolio (http://ifolio.ukm.my)
--SMPWeb (https://smp.ukm.my/smpweb)
- CLAROLINE:http://www.claroline.net
- Dokeos:http://www.dokeos.com
- LRN:http://www.dotlrn.com
- ATUTOR:http://www.atutor.ca
- OLAT:http://www.olat.org
- Sakai:http://www.sakaiproject.
Tugasan 3
Pada tugasan 3 ini kami diberi tajuk bagi setiap kumpulan untuk dibuat kajian dan akan diminta untuk membentangkannya nanti. Dengan menggunakan enjin pencarian, kami diminta mendapatkan maklumat tentang tajuk yang diberi kepada kami. Berikut merupakan antara tajuk yang diberi kepada setiap kumpulan dan bagi kumpulan saya, kami mendapat tajuk ' Kemahiran Abad ke 21 (21st Century Skills).
- Kemahiran Abad ke 21 (21st Century Skills)
- Pembelajaran tentang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)
- Kemahiran Berfikir dalam ICT (Thinking Skills and ICT)
- Keselamatan Internet dan Komputer (Internet and Computer Security)
- Perisian asal dan berlesen (Original and Licensing Software)
- Perisian Sumber Terbuka (Open Source Software)
- Web 2.0 dalam Pendidikan (Web 2.0 in Education)
- e-learning and mobile learning
Tugasan 4
Didalam tugasan keempat kami diminta untuk berbincang bersama ahli kumpulan kami mengenai tugasan yang diberikan. Kami berbincang tujuan penyelidikan dan proses menjalankan kajian kami seperti dimana kami dapat mencari bahan untuk digunakan didalam tugasan nnt. Bagi saya dan ahli kumpulan saya, kami telah membincangkan tujuan kajian kami, objektif dan cara untuk mendapatkan maklumat bagi menyiapkan tugasan yang diberi. Kami telah berbincang untuk menggunakan googleform bagi membina satu borang soalselidik mengenai kemahiran abad ke 21. Kami telah berbincang soalan yang akan kami bina didalam googleform dan kami telah mempelajari cara-cara dan tips bagi membina borang soalselidik yang mudah dan menarik agar memudahkan responda menjawab nanti. Hasil daripada perbincangan kami telah membuat satu borang soalselidik yang terdiri 2 bahagian iaitu bahagian A maklumat diri dan bahagian B ialah kemahiran abad ke 21. Borang soalselidik kami terdiri daripada 11 soalan sahaja kerana kami tidak perlu banyak kerana kami hanya membina soalan yang penting sahaja iaitu yang diperlukan di dalam tugasan kami.
Tugasan 5
Tugasan kelima minggu ke-7 kami diarahkan untuk pergi forum weebly http://ge1155.weebly.com/assignment-5.html untuk mengisi GoogleForm iaitu borang soal selidik setiap kumpulan lain berkenaan tugasan mereka supaya hasil maklumbalas kami dapat mereka gunakan di dalam tugasan mereka. Kumpulan lain juga diminta membuat perkara yang sama iaitu mengisi borang soal selidik yang disediakan oleh kumpulan saya agar maklumbalas mereka dapat saya gunakan di dalam tugasan saya iaitu Kemahiran Abad Ke-21. Hasilnya saya telah mendapat respon daripada orang yang memberi maklumbalas kepada soal selidik kumpulan saya. Seterusnya, saya telah merujuk internet bagi mempelajari analisis data dari soal selidik yang saya telah saya kemukan di weebly forum . Hasil daripada pembelajaran di internet cara bagaimana menganalisis data daripada borang soal selidik saya dapat menganalisis borang soal selidik dan digunakan di
dalam laporan saya nanti.
Tugasan 6
Didalam tugasan keenam minggu ke-10 kami diberi tugasan berikut:
- Menggunakan bahan yang telah dikumpul berkaitan (TUGASAN 2), bina satu brosur Microsoft Publisher.
- Masukkan unsur teks, bentuk, imej dan warna.
- Berdasarkan bahan yang sama, bina brosur menggunakan Microsoft Words.
- Muat naik kedua-dua brosur di Portfolio Weebly masing-masing.
- Tulis refleksi hasil pembelajaran di ruangan refleksi di Weebly.
Tugasan 7
MINGGU 11
- Bincangkan elemen-elemen dalam multimedia di forum Weebly.
- Dalam kumpulan, bincangkan story board dan skrip untuk menghasilkan satu video berdasarkan tajuk dalam Tugasan 2.
- Tulis refleksi hasil pembelajaran anda di ruangan refleksi di Weebly.
MINGGU 12
- Penghasilan video dalam kumpulan berdasarkan story board dan skrip yang telah disediakan pada minggu 10 menggunakan Movie Maker.
- Pengintegrasian elemen audio, video dan teks dalam pembangunan video.
- Muat naik video ke portfolio Weebly masing-masing.
- Tulis refleksi hasil pembelajaran di ruangan refleksi di Weebly.
MINGGU 13
- Pembentangan video hasil kerja setiap kumpulan.
- Refleksi antara pelajar.
- Tulis refleksi hasil pembelajaran di ruangan refleksi di Weebly.
Tugasan 8
MINGGU 14
1. Penerangan dan perbincangan tentang fungsi-fungsi Microsoft Excel dan Google Docs (Spreadsheet)
2. Memasukkan data
3. Pemformatan
4. Penyimpanan dan penutupan lembaran kerja
5. Formula dalam Excel / Spreadsheet, contoh:
- VLOOKUP
- AVERAGE
- COUNTIF
- Sort
- Filter
- Graph